Director

Datin Paduka Shuhaimi Baba

Producer

Datin Paduka Shuhaimi Baba

Script Writer

Datin Paduka Shuhaimi Baba

Main Cast

Rashidi Ishak

Dato' Jalaluddin Hassan

Dato' Afdlin Shauki

Ning Baizura

Kavita Kaur

Ad Slot Available

This Space is Reserved for Advertisements
Advertise With Us Today!

Mimpi Moon

2000 · 102 minit · Romantic Comedy

Moon (Rashidi Ishak) dan Vina (Kavita Kaur) ialah dua insan yang telah berkenalan semenjak kecil lagi. Vina datang dari sebuah keluarga doktor yang baharu berpindah ke Kampung Batu Suara. Vina merupakan anak kepada Dr. David dan Dr. Anna. Ibu Vina telah terkorban di Kampong Saoum, Kemboja semasa mengikuti kumpulan paramedik sukarelewan. Moon juga mengikuti rombongan tersebut namun dia terselamat dari jerangkap samar di perkampungan tersebut. Sepuluh tahun selepas tragedi itu yang memisahkan pasangan itu, Vina menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara manakala Moon meneruskan kerjaya sebagai jurutera bunyi di studio rakamannya di Kuala Lumpur. Oleh sebab syarikat Moon memgalami masalah kewangan, Moon mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Batu Suara, Langkawi dan ingin bekerja dengan bapanya, Dr. Mansoor. Sementara itu, adik Moon, Nona (Ning Baizura) meneruskan kerjayanya sebagai doktor di klinik Dr. Anna. Seorang lagi rakan mereka, Sok Van menjadi pengurus restoran miliknya di pekan Batu Suara. Vina juga turut pulang ke kampung halamannya semasa kecil dahulu. Walaupun Vina sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Mark Scotty, tetapi cintanya tetap utuh terhadap Moon selepas mereka bersua semula. Kehadiran Miranda Cordoba, seorang penyiasat dan perisik dari negara Amerika Latin yang menyiasat jerangkap samar yang masih aktif di kampung tersebut. Dia juga kerap mengganggu dan menggoda Moon secara keterlaluan. Moon berasa tidak selesa dengan tindak tanduk Miranda. Kampung Batu Suara terkenal dengan tempatnya yang menjadi tarikan melalui tradisi perubatan menggunakan ubat gamat Dr. Mansoor. Dr. Mansoor mengendalikan kajian untuk menaik taraf ubat gamat kepada yang lebih mesra pengguna. Gamat emas diperkenalkan di khalayak umum dan akan digunakan sepenuhnya di negara Kemboja. Namun begitu, Moon dan Vina telah membuat perancangan lain untuk menyiasat sendiri siapa sebenarnya Miranda. Pada malam hari pelancaran tersebut, mereka telah menyelinap dan menyamar sebagai staf di hotel tersebut dan berjaya menangkap Miranda tetapi pengganas menyangkakan Miranda mengambil barangnya. Miranda sempat melarikan diri dengan membawa sebuah beg bimbit yang menjadi rebutan orang itu. Miranda telah mencampakkan beg tersebut ke dalam kandang kambing tersebut sehingga berlaku satu letupan yang menggemparkan kampung tersebut. Moon, Vina dan Miranda terselamat. Penjualan gamat emas semakin laris. Miranda menyelamatkan kampung tersebut daripada pengganas tersebut. Dia terus membuat pelaburan dengan Dr. Mansoor dan menghasilkan minyak sapuannya sendiri untuk dijual di pasaran Malaysia. Sementara itu, hubungan Moon dan Vina kembali erat dan percintaan diteruskan. Pada pengakhiran cerita, Gamat emas dihasilkan yang menyatukan Moon, Vina bersama rakan dan keluarga mereka yang lain.

View more
0.0 /5 0 Reviews
Rate Movie
Comedic elements
Dramatic tension
Action Sequence
Song Jin Woo
Adaptation
Performance
AI-generated highlights from the text of the user reviews

Rate This Movie

Popular Reviews


No reviews yet. Be the first to verify if Chot deserved that!

Similar Genre

View all

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content