Anak Mami Nasi Kandaq
2016 | 97 minit

Comedy

Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) seorang pengusaha Restoran Nasi Kandaq Al Basheer seorang duda yang bekerja keras untuk memajukan perniagaannya. Mamu mempunyai kehidupan yang bahagia bersama 5 orang anak perempuannya iaitu Fuziah (Fasha Sandha), Fitri (Nur Risteena), Farah (Ezzaty Abdullah), Fatin (Amylia Nastasha Aziz) dan Fify (Elisya Sandha). Namun perniagaan Mamu Nizam merosot setelah kemunculan gerai Mami Kalsom (Sheila Mambo). Lebih memeningkan Mamu Nizam ialah walaupun Mami Kalsom berniaga tanpa lesen dan keadaan gerainya yang agak kotor, para pelanggan tetap memilih gerai Mami Kalsom. Mamu Nizam yang tertekan mendapatkan khidmat nasihat Mamu Hussin (Azmir Cuit) dan Tuan Akhlak Khan (Azhari Zain). Mamu Hussin mencadangkan Mamu Nizam untuk mengeksploitasi kejelitaan kelima-lima anak perempuannya sebagai tarikan. Merisaukan Mamu Nizam ialah kesemua anak perempuannya bersifat manja dan tidak pernah bekerja. Namun kerana terpaksa, Mamu Nizam berjanji kepada anak-anaknya untuk menunaikan apa sahaja impian mereka asalkan mereka sanggup berkhidmat dan menjayakan perniagaan keluarga mereka. Ternyata taktik perniagaan Mamu Nizam berkesan dan secara langsung menaikkan kemarahan Mami Kalsom. Ada sahaja rancangan jahat Mami Kalsom bagi memusnahkan perniagaan Restoran Nasi Kandar Al-Basheer tetapi semuanya gagal. Kini Mami Kalsom cuba mempergunakan anak lelakinya Farid (Qi Razali) untuk bekerja di Restoran Al-Basheer bagi mencari rahsia kejayaan Restoran Al-Basheer. Mamu Nizam tidak membenarkan pekerja lelaki bekerja di restorannya bagi menjaga anak perempuannya sehingga Farid terpaksa menyamar sebagai seorang wanita bernama Faridah.

View more

Cast of Anak Mami Nasi Kandaq

Actor · 12 credits

View all

Celebrities

View all

Similar Genre

View all

Most View

View all
x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content