Director

Mamat Khalid

Producer

-

Script Writer

Mamat Khalid

Main Cast

Rashidi Ishak

Khir Rahman

Nabila Huda

Kamarool Haji Yusoff

Ruminah Sidek

Hasnul Rahmat

Soffi Jikan

Que Haidar

Ad Slot Available

This Space is Reserved for Advertisements
Advertise With Us Today!

Rock

2005 · 107 minit · Comedy Musical

Plot filem ini dibuka pada era millenium dengan watak Zack (Hasnul Rahmat) sedang bertugas mematikan setem pada surat di pejabat pos. Ketika diarahkan menyisih surat-surat mati oleh penyelia, beliau terjumpa sepucuk surat yang dialamatkan ke kugiran lama yang pernah dianggotainya dulu, iaitu "Rimba Bara". Tersentak dengan situasi tersebut, fikiran Zack pun terus melayang mengimbau kembali kenangan kehidupannya pada 15 tahun yang lepas. Plot ini kemudiannya bergerak membuka cerita mengenai Rimba Bara yang bercita-cita dan berhasrat untuk jadi terkenal pada lewat dekad 1980-an. Rimba Bara dianggotai oleh Zubir, atau lebih diminta dikenali sebagai Zack sendiri - gitaris, Jijo (Khir Rahman) – bass, Black – pemain dram, dan juga Amy (Que Haidar) - vokalis yang kadangkala main tamburin; mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka dan mereka percaya akan berjaya menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan. Di samping itu, plot juga diserikan dengan kisah cinta di antara Zack dan Katy (Siti Elizad), rakannya sedari kecil. Namun, Jijo seringkali mengingatkan pada Zack bahawa mereka tidak boleh terlalu hanyut dengan cinta kerana mereka mempunyai 'wawasan'. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila mengetahui bahawa acara Battle of The Bands peringkat negeri akan diadakan di tempat mereka. Untuk menyertai acara Battle of The Bands itu mereka terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan beberapa kehadiran band-band yang juga mahir dan matang. Di tambah pula dengan kehadiran Zul Kapan (Mohamad Shoffi Jikan) dan The Malaikat Maut, membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras. Daripada segi penampilan pula, mereka terpaksa mencari punca untuk mempamerkan diri mereka sebagai rockers yang sebenar-benarnya. Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph merupakan gear yang begitu sangat dititikberatkan. Memandangkan sumber kewangan yang serba tidak mencukupi, mereka terpaksa menggunakan akal untuk mendapatkan semuanya itu termasuklah menggunting kain tempat duduk bas untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi.

View more
0.0 /5 0 Reviews
Rate Movie
Comedic elements
Dramatic tension
Action Sequence
Song Jin Woo
Adaptation
Performance
AI-generated highlights from the text of the user reviews

Rate This Movie

Popular Reviews


No reviews yet. Be the first to verify if Chot deserved that!

Similar Genre

View all

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content