Zaki Yamani Jelaskan Ugutan Saman Sekadar Mahu Tarik Perhatian Keluarga Peminat OKU
- #tempatan
- #hiburan
- #selebriti
- #anakjamalabdillah
- #penyanyi
- #tarikperhatiankeluarga
- #samanstrategi
- #zakiyamani
Penyanyi Zaki Yamani menjelaskan tindakannya mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang peminat orang kurang upaya (OKU) baru-baru ini hanyalah sebagai usaha untuk menarik perhatian keluarga individu berkenaan.
Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata, langkah itu dibuat supaya ahli keluarga peminat tersebut lebih peka dan memantau penggunaan telefon bimbitnya.
"Saya dah kenal dia lebih kurang dua hingga tiga tahun. Bukanlah kenal rapat, cuma saya tahu dia peminat fanatik sebab pernah melukis wajah saya dan menjual hasil lukisan itu. Dia juga mempunyai banyak akaun media sosial.
"Masalahnya apabila dia mencipta akaun palsu dan mereka cerita kononnya saya sukakan seseorang, sedangkan nama yang disebut itu ialah dirinya sendiri.
"Perkara itu pernah tular pada 2024 sehingga rakan-rakan dan kawan ayah menghantar kepada saya. Disebabkan itu saya keluarkan kenyataan mahu menyaman, sekadar untuk 'trigger' keluarganya," katanya ketika ditemui Harian Metro.
Menurut anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah itu, dia sebenarnya bersimpati dengan peminat berkenaan dan tidak mahu individu tersebut terus menjadi sasaran kecaman netizen yang tidak mengetahui keadaan sebenar.
"Bila saya baca komen di TikTok, ramai mengecam dan menggelarnya dengan pelbagai panggilan yang tidak baik. Saya rasa tidak elok sebab mereka tak tahu dia seorang OKU.
"Sebab itu saya buat kenyataan nak saman supaya ibu bapa atau kakaknya sedar dan dapat mengawal penggunaan telefon dia," katanya.
Zaki turut memaklumkan isu berkenaan sudah diselesaikan secara baik selepas kakak kepada peminat tersebut menghubunginya menerusi mesej peribadi.
"Kakaknya sudah DM dan memaklumkan adiknya seorang OKU. Bagi saya tiada masalah dan kami dah selesaikan secara baik.
"Saya hargai semua peminat saya sama ada OKU atau orang biasa. Saya alu-alukan kalau dia nak buat hantaran tentang saya, cuma janganlah mereka cerita yang bukan-bukan lagi," ujarnya.
Sebelum ini, Zaki dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang selepas seorang pengguna media sosial menyebarkan dakwaan palsu kononnya dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang personaliti TikTok.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|96 Views
No Comments yet
Be the first to comment.