Zahiril Adzim Pilih Bersemuka, Enggan Layan Drama ‘Diva’ Di Media Sosial
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #pelakon
- #zahiriladzim
- #jumpadepandepan
- #taklayanperangaidiva
Pelakon Zahiril Adzim memilih untuk menyelesaikan sebarang salah faham secara bersemuka sekiranya berdepan rakan artis yang bersikap ‘diva’ atau menimbulkan masalah di lokasi penggambaran.
Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, berkata pendekatan berbincang secara baik lebih berkesan berbanding meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.
“Bagi saya hal peribadi tidak wajar dibawa ke media sosial. Kita semua sudah dewasa dan mampu berbincang secara bersemuka. Kenapa tidak selesaikan secara baik, depan-depan?
“Kalau saya ada masalah dengan seseorang, saya akan jumpa dan tarik ke tepi untuk berbincang. Semua orang yang bercakap belakang saya, saya akan jumpa. Tak kisah pengarah, penolong pengarah atau sesiapa sahaja.
“Saya akan cakap apa yang saya dengar mengenai diri saya. Lebih baik bawa individu terbabit ke tepi dan selesaikan perkara itu,” katanya ketika ditemui pada acara Blossom Rally Pickleball 2026.
Menurutnya, kemarahan juga lebih mudah reda apabila kedua-dua pihak diberi peluang untuk bersemuka, lebih-lebih lagi jika individu terbabit mengakui kesilapan dan memohon maaf.
Dalam masa sama, bintang filem Malbatt: Misi Bakara itu mengingatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru menjatuhkan hukum terhadap mana-mana pihak hanya berdasarkan pendedahan yang tular di media sosial.
Katanya, kebanyakan perkongsian di platform itu hanya memaparkan satu sudut pandang dan berkemungkinan dipengaruhi emosi individu yang berkongsi.
“Perkongsian di media sosial selalunya akan menjatuhkan sebelah pihak. Nasihat saya, baca boleh, tetapi jangan terus percaya. Kadang-kadang itu andaian atau luahan emosi satu pihak.
“Mungkin individu yang membuat tuduhan sebenarnya punca utama, tetapi apabila dimuat naik di laman sosial, dia pula dilihat jadi mangsa dan pihak lain pula bersalah,” katanya.
Sebelum ini, tular hantaran seorang pelakon lelaki yang menegur sikap segelintir rakan artis didakwa sukar memberi kerjasama selain enggan berinteraksi dengan warga produksi ketika berada di lokasi penggambaran.
Sumber: Kosmo! Online
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|4 Views
No Comments yet
Be the first to comment.