Yuna Cetus Kebimbangan, Beri Bayangan Mahu Tinggalkan Dunia Muzik

PENYANYI dan penulis lagu bertaraf antarabangsa, Yuna, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat apabila memberi bayangan seolah-olah mahu meninggalkan dunia muzik dan beralih kepada perniagaan lilin beraroma.

Menerusi satu hantaran di Threads, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai menulis, "Guys I think I might just quit music and start selling scented candles" (Saya rasa saya mungkin berhenti daripada muzik dan mula menjual lilin beraroma).

Perkongsian itu pantas mencuri perhatian apabila meraih lebih 7,000 tanda suka selain dihujani ratusan komen daripada peminat dan rakan selebriti.

Antara yang tampil memberi reaksi ialah penyanyi Aisha Retno yang merayu agar Yuna tidak meninggalkan dunia muzik.

"Don't! Do both... music and candles. We love you, queen," tulisnya.

Penyampai radio dan pengacara Hanif Hamzah turut berharap penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu terus aktif menghasilkan karya baharu.

Di ruangan komen, rata-rata peminat turut menyuarakan harapan agar kenyataan tersebut hanyalah gurauan.

"Do both, queen, but please don't quit," tulis seorang peminat.

Setakat ini, Yuna belum mengeluarkan sebarang penjelasan lanjut mengenai hantaran berkenaan atau mendedahkan sama ada kenyataan itu sekadar berseloroh ataupun memberi bayangan terhadap perancangan baharu dalam perjalanan kerjayanya.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

33 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content