Yasmin Hani Gembira Tamat Pengajian Terapi Bunyi
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #yasminhani
- #konvokesyen
- #terapibunyi
- #universititeknologimalaysia
"Satu peringatan bahawa kadang kala, penyembuhan tidak memerlukan kata-kata, cukup sekadar keberadaan, niat dan frekuensi yang tepat."
Itu perkongsian pelakon, Yasmin Hani yang menzahirkan rasa syukur selepas berjaya menamatkan kursus 'Fundamental Singing Bowl Sound Therapist' di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), baru-baru ini.
Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson menerusi hantarannya di Instagram, berkongsi pembabitannya dalam kursus berkenaan adalah satu perjalanan yang menyeronokkan selain memberi kepuasan buat dirinya.
"Alhamdulillah, hari ini (kelmarin) saya tamat pengajian kursus 'Fundamental Singing Bowl Sound Therapist'. Terima kasih Abib Gadaffi atas bimbingan, kesabaran dan tenaga positif sepanjang proses ini," tulisnya.
Lebih bermakna, majlis graduasi berkenaan turut disempurnakan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
Kongsi Yasmin, peluang berkenaan adalah satu penghormatan besar buat dirinya kerana dapat menjadi sebahagian daripada detik bermakna itu.
Mengulas mengenai ilmu baharu yang dipelajarinya, pelakon filem Cicak Man ini berkata, dia kini lebih memahami kekuatan terapi bunyi yang bukan sekadar didengar, malah boleh dirasai melalui getaran.
"Getaran ini membantu menenangkan sistem saraf, mengurangkan tekanan serta kebimbangan, menambah baik kualiti tidur, selain mengimbangi semula minda dan tubuh secara lembut.
"Saya sangat bersyukur dengan ilmu baharu ini dan tidak sabar untuk berkongsi tenaga positif ini dengan orang lain tidak lama lagi, Insya-Allah," tulisnya lagi.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|83 Views
No Comments yet
Be the first to comment.