Wani Kayrie Nafi Bakal Umum Kahwin Di Pentas AJL40

PENYANYI Wani Kayrie menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan spekulasi kononnya bakal mengumumkan perkahwinan ketika membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40).

Menurut Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 26, andaian itu mungkin timbul kerana lagu Cak Cak Cekuk yang dipertandingkan membawa tema perkahwinan.

Bagaimanapun, dia menjelaskan tidak pernah merancang untuk melakukan gimik sedemikian dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kualiti persembahan.

"Kahwin? Oh, saya tidaklah. Nak kahwin pun, awal lagi. Mungkin sebab orang tengok lagu ini bertemakan perkahwinan, jadi mereka ingat saya akan buat tema kahwin.

"Tapi kalau boleh, saya cuba untuk tidak buat perkara yang orang sudah boleh jangka. Nanti orang letakkan harapan yang terlalu tinggi.

"Jadi apa yang saya boleh cakap, kahwin itu bukan saya. Mungkin artis lain," katanya.

Wani berkata demikian ketika ditemui pada majlis AJL40: The First Look di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Mengulas mengenai penggunaan gimik dalam persembahan, penyanyi itu mengakui lebih selesa tampil secara bersahaja tanpa perlu bergantung kepada kejutan semata-mata.

"Bukan itu pilihan saya. Untuk kali ini saya memang tak nak ada apa-apa gimik. Saya cuma nak buat persembahan dengan gembira sebab ini kali pertama saya.

"Saya tak nak gimik itu mengganggu fokus dan prestasi. Apa yang saya harapkan hanyalah persembahan yang akan diingati penonton.

"Sejujurnya, saya lebih suka sesuatu yang ringkas. Kalau ada gimik, kita kena bijak menyusunnya sehingga hari persembahan. Bagi saya, kalau ada pun, biarlah ia datang daripada konsep persembahan itu sendiri," ujarnya.

Sebelum ini, tular satu ciapan di media sosial yang mendakwa salah seorang finalis AJL40 bakal mengumumkan berita pernikahan ketika membuat persembahan pada malam pertandingan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Sumber: mStar



0 Comments

|

33 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content