'Takkan Nak Tunggu Kami Sakit Baru Nak Bagi Job?' - Kuna Muzani Kecewa Nasib Artis Senior

Pelakon senior Kuna Muzani meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa masih ramai artis lama dipinggirkan walaupun mereka masih sihat dan mampu memberikan komitmen penuh terhadap kerjaya lakonan.

Menurut Kuna atau Tengku Sarina Tengku Muzani, 55, pihak produksi dilihat hanya mula menawarkan pekerjaan kepada artis senior selepas mereka tular kerana berdepan kesukaran hidup.

"Saya cuma kesal pihak terlibat (produksi) buat macam ini. Takkan nak tunggu kami (artis lama) sakit baru nak bagi job (tawaran lakonan)?

"Perkara ini dah banyak kali berlaku, bila artis lama keluar TV mengadu tak ada tawaran, tak boleh bayar sewa rumah, barulah sibuk nak bagi job. Kenapa buat macam itu?

"Kami ini masih sihat dan mampu lagi bekerja, kenapa tak beri sahaja kami peluang?" katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Kuna turut mendedahkan pernah berdepan situasi apabila tawaran lakonan yang diterimanya tidak sepadan dengan tempoh sebenar penggambaran.

Katanya, dia pada awalnya dimaklumkan hanya perlu menjalani penggambaran selama dua hari, namun selepas mendapatkan pengesahan daripada pembantu pengarah, tempoh tersebut sebenarnya membabitkan lima hari.

"Saya dapat tawaran berlakon tetapi bayaran yang dijanjikan untuk dua hari penggambaran. Tapi bila saya sahkan semula dengan pembantu pengarah, penggambaran membabitkan saya selama lima hari.

"Jadi bila komitmen untuk lima hari sudah tentu bayaran perlu ditambah.

"Pihak produksi kata akan hubungi saya semula tapi akhirnya tak ada sebarang panggilan dibuat. Jadi secara tidak langsung saya tahu mereka tidak mahu membayar lebih," ujarnya.

Berkongsi perkembangan kerjaya, Kuna berkata sepanjang tahun ini dia hanya terlibat dalam sebuah drama.

Bagi menampung perbelanjaan harian, pelakon itu kini turut menerima tawaran membuat ulasan produk sebagai sumber pendapatan sampingan.

"Tahun ini saya baru jalani penggambaran untuk satu drama saja. Ini pun dah bulan Julai.

"Selain berlakon, saya terpaksalah membuat ulasan produk untuk dapatkan pendapatan. Itu sajalah yang saya boleh buat," katanya.


Sumber: mStar



0 Comments

|

36 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content