Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dikatakan telah melepaskan jawatan itu selepas tiga tahun.
Difahamkan, tarikh akhir perkhidmatannya di agensi penyiaran terbabit akan berakhir pada 22 Februari depan.
Menurut sumber, majlis perpisahan Suhaimi telah diaturkan bagi menghargai sumbangannya selama menerajui jabatan tersebut.
Majlis berkenaan dilaporkan bakal berlangsung di RTM pada Khamis ini.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum dapat dipastikan kebenaran itu kerana pihak yang dihubungi enggan mengulas mengenainya.
Setakat ini, Suhaimi belum memberikan sebarang kenyataan bagi mengulas perkara itu.
Untuk info, Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang penyiaran terutamanya ketika mengemudi siaran berita berbahasa Inggeris di TV3 sebagai penyampai berita.
Beliau juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI dan merupakan perintis saluran berita itu.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.
Kerjaya awalnya sebelum terlibat dalam bidang penyiaran adalah pegawai bank.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|168 Views
No Comments yet
Be the first to comment.