Siti Nurhaliza Tarik Diri Daripada Anugerah Melodi Terhangat, Minta Peminat Tidak Mengundi
- #BeritaHiburan
- #HiburanMalaysia
- #SelebritiMalaysia
- #KeluargaSelebritiTerhangat
- #AMT
- #AnugerahMelodiTerhangat
- #DatukK
- #TokTi
- #SitiNurhaliza
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengumumkan keputusan menarik diri daripada pencalonan kategori Keluarga Selebriti Terhangat bagi Anugerah Melodi Terhangat (AMT).
Menerusi perkongsian di Threads, Siti mengakui tidak mengetahui keluarganya tercalon sebelum dia dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), mencapai kata sepakat untuk menarik diri.
Penyanyi lagu Kesuma itu turut berterima kasih kepada pihak Melodi atas pencalonan tersebut, selain meminta peminat agar tidak lagi mengundinya kerana menghargai masa dan usaha mereka.
Terdahulu, keluarga Siti tersenarai dalam kelompok 10 terbaik bersama beberapa keluarga selebriti lain termasuk Datuk Yusof Haslam, Ain Edruce, Rozita Che Wan dan Datuk Seri Aliff Syukri.
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|22 Views
No Comments yet
Be the first to comment.