Pelawak dan usahawan, Shuib didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu selepas mengaku bersalah mempromosikan produk tembakau elektronik (vape) menerusi satu siaran podcast di YouTube, dua tahun lalu.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, selaku orang kena saman (OKS) dijatuhi hukuman tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ezrene Zakariah.
Mahkamah turut memerintahkan Shuib dipenjara selama satu tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Shuib didakwa mengambil bahagian dalam satu bentuk promosi produk merokok yang melanggar Seksyen 9(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.
Perbuatan itu disifatkan sebagai menggalakkan orang ramai merokok atau mempromosikan produk berkenaan sebagai alternatif untuk berhenti merokok.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan menerusi satu podcast yang dimuat naik di platform YouTube pada jam 4.26 petang, 22 Oktober 2024, dan dikesan oleh pihak Sektor Inspektorat dan Perundangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 9(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|309 Views
No Comments yet
Be the first to comment.