SENIMAN Seru Mangsa Gangguan Seksual Buat Laporan Pada Persatuan

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), memandang serius isu gangguan seksual membabitkan pelakon kanak-kanak atau pedofilia yang didakwa dilakukan segelintir penggiat industri perfileman.


Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah juga meminta mangsa gangguan seksual terbabit untuk segera tampil membuat laporan kepada persatuan itu.


"SENIMAN mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang jelas. Individu atau mangsa gangguan seksual terbabit perlu datang dan membuat laporan bertulis kerana kita tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengambil tindakan seterusnya tanpa bukti yang kukuh.


"Kita perlu berhati-hati supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas. Jadi, individu berkenaan perlu datang berjumpa dengan pihak SENIMAN atau sekurang-kurangnya menghubungi kami untuk berbincang," katanya.


Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem arahannya, MAK #Salamdarisyurga malam tadi.


Mengulas lanjut, kata Hafiz, sekiranya laporan dibuat, bukti dimiliki mangsa seperti mesej atau gambar boleh dijadikan bahan sokongan untuk menguatkan lagi dakwaan berkenaan.


"Mungkin ada bukti seperti perbualan WhatsApp, gambar atau bukti lain yang berlaku di lokasi tertentu. Kita tidak tahu selagi laporan rasmi belum dibuat.


"Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan, datang ke pejabat atau hubungi saya supaya proses ini dapat dilakukan secara formal," katanya.


Pada masa sama, kata Hafiz, penggiat seni perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang tindakan kerana terdapat hukuman berat menanti pelaku gangguan seksual sekiranya disabitkan kesalahan.


"Saya selalu mengingatkan dalam apa jua kes jenayah terutamanya membabitkan kanak-kanak, sekali terpalit apatah lagi di bawah Akta Kanak-Kanak, kesannya sangat berat.


"Kepada penggiat seni yang ada niat untuk melakukan perkara menjijikkan ini, hentikan. Lelaki yang mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak adalah sesuatu yang sangat menjijikkan dan saya sangat menghina perbuatan seperti itu.


"Saya tidak akan berkompromi jika ada artis atau bakat muda yang menjadi mangsanya," katanya.


Sementara itu, Hafiz yang sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam industri lakonan tidak menafikan kes gangguan seksual itu sudah berlaku sejak dahulu dan berlarutan sampai hari ini.


"Ketika saya mula meningkat naik dalam industri seni, perkara seperti ini juga berlaku tapi tidak tular.


"Zaman dulu bukan zaman media sosial. Ada yang bercakap secara terang-terangan, 'kau nak berlakon? Jom 'check-in.' Bukan sahaja lelaki dengan lelaki, malah, lelaki dengan perempuan juga berlaku.


"Saya sendiri pernah melalui situasi sedemikian di mana ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya, walaupun saya lelaki. Jadi perkara itu memang wujud," katanya.


Terdahulu, pelakon Diari Ramadhan Rafique iaitu Alqal Sahar mendedahkan di laman Threads semalam, pernah melalui detik gelap ketika kanak-kanak apabila menjadi mangsa gangguan seksual sekali gus mendapat perhatian ramai dan diperkatakan penggiat seni.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

332 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content