Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon, Nad Zainal sama sekali tidak kisah untuk membeli atau menggunakan barangan harga murah.
Bagi Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 36, di sebalik populariti sebagai artis, dia menganggap dirinya sama seperti manusia biasa yang suka berjimat.
"Kenapa perlu malu pakai benda yang murah?
"Saya hanya bekerja sebagai pelakon, balik rumah saya hanya Farah Nadia yang perlu urus anak-anak dan suami," katanya.
Nad berkongsi perkara itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Jumaat.
Tambah Nad, mana-mana individu sekalipun pasti lebih tertarik untuk membuat pembelian dengan harga mampu milik.
"Tak kisah kerja apa sekalipun, rasanya ramai yang suka benda murah, harga promo dan jualan murah," luahnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons dan bersetuju dengan pendapat tersebut.
Malah ramai yang kagum dengan Nad kerana tidak mementingkan harga serta jenama dalam pemilihan barangan peribadi.
Sementara itu dalam beberapa perkongsian sebelum ini, Nad memberitahu dia sudah selesai melakukan persiapan baju untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk ahli keluarganya.
Katanya, kebanyakan pembelian dilakukan secara atas talian.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|150 Views
No Comments yet
Be the first to comment.