Que Haidar Sudah Penat Dengar Cakap Orang

Pelakon, Que Haidar mendedahkan sudah penat mendengar kata-kata atau membiarkan orang luar mengatur dirinya.


Pemilik nama penuh Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar percaya pada kuasa Allah SWT yang menyusun cantik perjalanan hidupnya.


"Tahun lalu patutnya saya bintangi dua filem tetapi tak jadi sedangkan sudah kuruskan badan dalam tempoh dua bulan seperti yang diminta. Berat saya ketika itu 58 kilogram.


"Di situ, saya mula rasa penat nak dengar cakap orang dan biar orang aturkan hidup saya.


"Saya pergi warnakan rambut dan tiba-tiba meletup dalam media sosial sebelum saya buat konten TikTok lagu Jamilah pada pukul 1 pagi dan sekali lagi 'boom!' . 


"Dari situ saya nampak, Tuhan aturkan sekejap sahaja. Saya percaya dengan kuasa-Nya, kalau tak jadi jangan nak kecewa sangat. Tahun lalu memang sangat hebat," katanya yang kini muncul dalam drama rantaian, Pak Su Ammara.


Kembali ke dunia drama selepas 16 tahun berehat di lapangan tersebut, Que berkata, Pak Su Ammara berjaya menambat hatinya kerana watak yang digalasnya berbeza dengan naskhah lain.


"Dalam drama ini boleh dikatakan saya hero tetapi kualitinya berbeza dengan drama lain yang selalunya tunjuk sangat berkuasa atau seperti 'superhero' .


"Selain itu, saya terima tawaran ini sebab tak pernah bekerjasama dengan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. dan barisan pelakonnya 'power'. 


"Kekok tidaklah sangat tetapi awal-awal saya sudah pesan kepada semua yang terlibat agar selalu berbincang dengan saya sebab mereka lebih pakar tentang drama episod panjang," ujarnya.


Julung kali bergandingan dengan Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly dan Mia Nasir, Que bersyukur mereka banyak membantu serta memberi hasil kerja yang hebat.


"Kalau nak tahu, Ummi adalah salah seorang pelakon wanita terbaik yang memang saya nak bekerjasama, ada dalam 'wishlist' .


"Dia bagus sebab suka bincang dan tidak kedekut berkongsi pengalaman bekerja dalam produksi banyak episod. Seronok dan satu pengalaman hebat untuk saya," ujarnya.


Sering memberi hasil kerja memukau, dia mengakui berdebar dengan jangkaan tinggi yang diletakkan peminat terhadap lakonannya untuk drama Pak Su Ammara.


"Jujur rasa risau memang ada tetapi saya sudah cuba beri hasil terbaik, selebihnya serahkan semuanya kepada Allah SWT.


"Jangan fikir banyak sebab nanti hidup tak tenang. Hadapi sahaja semuanya, jangan serabutkan fikiran tetapi kerja perlu dilakukan dengan baik supaya diri sendiri dan orang lain tak kecewa," tuturnya.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

126 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content