Pelakon Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia Sendirian Di Rumah

Anak kedua pelakon Dharma Harun Al Rashid iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, memaklumkan bapanya meninggal dunia sendirian di rumah mereka, hari ini.


Muhammad Al Syafiq ketika dihubungi berkata, dia baru sampai rumah dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kira-kira jam 9.10 malam tadi dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.


"Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans," katanya yang kedengaran panik ketika dihubungi.


Pada Julai lalu, Harian Metro melaporkan keadaan fizikal pelakon popular era 1980-an itu semakin merosot.


Ia berikutan Muhammad Al Syafiq memuat naik gambar Dharma yang sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.


Allahyarham Dharma, 69, yang popular menerusi filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila ketika dihubungi menerusi WhatsApp ketika itu dipetik berkata, berat badannya hanya 45 kilogram.


Allahyarham tinggal bersama Muhammad Al Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di ASWARA.



SUMBER: HARIAN METRO



0 Comments

|

179 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content