Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Papa Zola The Movie terbitan Monsta Studio dan Astro Shaw terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan lebih RM25 juta dalam tempoh 11 hari tayangan, sekali gus mendominasi carta 'Top 10' GSC di kedudukan nombor satu.
Kejayaan itu menyaksikan filem tempatan berkenaan menewaskan beberapa filem antarabangsa berprofil tinggi termasuk 'Avatar: Fire And Ash', 'Zootopia 2' dan 'Five Nights At Freddy's 2', terutama sepanjang musim cuti persekolahan yang bermula Sabtu lalu.
Sambutan hangat penonton daripada pelbagai lapisan usia, khususnya seisi keluarga, turut didorong oleh perkongsian pengalaman positif penonton sehingga mencetuskan apa yang digelar sebagai 'fenomena kebenaran'.
Pengarah dan penulis Papa Zola The Movie merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak, berkata musim cuti persekolahan memberi ruang kepada keluarga meluangkan masa bersama, sekali gus menjadikan filem itu pilihan utama di pawagam.
"Kami bersyukur apabila Papa Zola The Movie dipilih sebagai antara aktiviti menonton bersama keluarga. Sambutan yang digerakkan secara organik ini membuktikan sokongan terhadap filem tempatan mampu menarik lebih ramai penonton," katanya.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif Papa Zola The Movie merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti filem tempatan mampu bersaing dalam pasaran yang didominasi francais popular Hollywood.

Dalam perkembangan lain, siri jelajah hujung minggu lalu di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Lembah Klang turut mendapat sambutan meriah dengan kehadiran maskot Papa Zola, Mama Zila, Pipi Zola dan BoBoiBoy.
Papa Zola The Movie mengisahkan seorang bapa, Papa Zola, yang terpaksa kembali ke dunia rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency) selepas anaknya, Pipi, diculik makhluk asing, sekali gus mencetuskan misi menyelamat dan ancaman terhadap dunia.
Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, sebelum melangkah ke pasaran antarabangsa bermula Januari depan di Indonesia serta India, Vietnam dan beberapa negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi, UAE, Qatar dan Turki pada April 2026.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ezzuddin Suka
2 months ago.
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|219 Views
No Comments yet
Be the first to comment.