Nonny Nadirah Buat Hal Lagi, Sokong Palestin Dengan Pakaian Mencolok Mata

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sekali lagi menuai kecaman apabila menyatakan sokongan terhadap Palestin dengan berpakaian mencolok mata.


Selebriti itu memuat naik dua video menerusi akaun Instagram miliknya dan namun ia menerima pelbagai kecaman dan kritikan apabila segelintir pengguna berpendapat cara penyampaian Nonny kurang sesuai dan boleh mengundang salah faham.


Rata-rata netizen menegur agar mesej berkaitan isu kemanusiaan disampaikan dengan lebih berhemah dan menghormati sensitiviti masyarakat.




Difahamkan, Nonny menggunakan akaun baharu selepas akaun lamanya sebelum ini digantung.


Menerusi ruangan kapsyen dalam salah satu muat naik, dia tidak akan berdiam diri dan akan terus lantang bersuara mengenai Palestin.


"Dah lama tak muncul. Akaun lain saya pun dah digantung. (Akaun Instagram dua kali digantung dan juga akaun Youtube saya)


"Saya banyak kali terima ugutan! Bukan saja daripada mereka, tapi juga daripada si 'ahli sihir' mereka! Ini akaun baharu saya ya, gais.


"Saya Nonny Nadirah. Sampai sekarang, saya tetap bersama Palestin," tulisnya di hantaran empat hari lalu.




0 Comments

|

238 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content