Mia Sara Nafi Dakwaan Puteri Balqis, Sedia Saman Pihak Terlibat

Selepas sekian lama mendiamkan diri, pelakon, Mia Sara Nasuha akhirnya tampil memberikan penjelasan terhadap tuduhan yang dilemparkan aktres Puteri Balqis terhadapnya.


Menerusi video yang dimuatnaik di Facebook, pelakon itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan fitnah melampau yang dilemparkan terhadapnya, baru-baru ini.


Tindakan itu diambil bagi membersihkan namanya selepas dikatakan menjadi punca ibu Puteri Balqis dibuang keluarga.


"Tuduhan itu sangat berat kerana sewaktu itu saya baru berumur tujuh tahun. Saya tidak pernah kenal pun ibu Puteri Balqis atau keluarganya.


"Mengenai hubungan kami, saya hanya pernah berjumpa dengannya sekali sahaja seumur hidup di set penggambaran. Kami memang tidak pernah berhubung langsung sejak kecil sehingga sekarang," katanya.


Mengulas mengenai dakwaan kononnya dia menganiaya atau menjadikan Puteri Balqis sebagai 'kambing hitam', Mia menjelaskan dia sendiri keliru dengan tuduhan itu.


"Saya dah tonton 'podcast' itu dan masih tunggu jawapan bahagian mana yang saya aniaya dia? Saya jumpa pun sekali sahaja," katanya.


Dalam pada itu, Mia turut mendedahkan punca dia tidak dapat memohon maaf secara peribadi adalah disebabkan akses komunikasinya disekat oleh Puteri Balqis di semua platform media sosial sejak bertahun-tahun.


"Ramai tanya kenapa tak DM? Untuk pengetahuan, saya sudah disekat (block) oleh Puteri Balqis di semua media sosial. Pihak saya sudah cuba hubungi untuk bincang, tapi tiada respon.


"Kalau betul dia mahu bersemuka atau tahu di mana saya duduk, hubungi saya terus kerana dia ada nombor telefon saya," katanya.


Selain Puteri Balqis dan keluarga, Mia turut menamakan beberapa pihak lain yang bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk pemilik akaun Mamipopbelon, Jia, Maisurah serta netizen seperti Rahim Hakim dan Amir.


Terdahulu, tular dakwaan yang mengaitkan nama Mia Sara sebagai punca konflik keluarga Puteri Balqis selain isu buli yang mencetuskan perbalahan antara peminat kedua-dua pelakon berkenaan.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

75 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content