“Mak Tak Tahu Apa-Apa” — Nubhan Dedah Ibu Tidak Sadar Isu Rumah Tangganya
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #penyanyi
- #nubhan
- #makjenny
- #gv12
- #gosip
Penyanyi dan usahawan, Nubhan mendedahkan ibunya, Badariah Omar atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny, langsung tidak mengetahui tentang kemelut rumah tangga yang sedang melanda dirinya dengan isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, ibunya yang kini berusia 80 tahun masih menjalani kehidupan seperti biasa di rumah tanpa sebarang gangguan daripada isu yang tular di media sosial.
"Sejujurnya, mak saya tak tahu apa-apa. Dia di rumah sahaja. Baru-baru ini saya cuma beritahu, 'mak, adik masuk GV, tolong doakan'.
"Mak tak tahu apa yang berlaku di media sosial, tak tahu orang mengata apa. Dia cuma tahu saya dan isteri dah berpisah. Tapi hidupnya macam biasa. Usia pun dah lanjut, kadang terlupa, badan pun sakit-sakit," katanya kepada Gempak selepas konsert minggu kedua Gegar Vaganza 12 (GV12) di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Nubhan dan anak-anak.
Dalam masa sama, pelantun lagu Ada Untukmu itu tidak menafikan tumpuannya sedikit terganggu apabila isu rumah tangganya menjadi perhatian ramai, namun tetap berusaha untuk kekal fokus dalam pertandingan.
"Saya ini manusia biasa, cepat rasa lemah. Tapi saya mohon kekuatan dan doa supaya terus semangat dalam GV12.
"Kekuatan saya adalah anak-anak dan mak saya. Kalau tak ada mereka, mungkin saya tak sekuat sekarang," katanya lagi.
Pada masa sama, penyanyi berusia 39 tahun itu memaklumkan tidak mahu lagi memperbesarkan isu rumah tangganya dan memilih untuk memberi tumpuan kepada karier serta anak-anak.
"Saya rasa cukuplah bercakap tentang perkara ini. Saya bersyukur kerana peminat dan kawan-kawan banyak beri semangat.
"Tekanan GV ditambah isu peribadi memang berat, jadi sekecil-kecil sokongan pun saya hargai," ujarnya.

Untuk rekod, Nubhan telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Syariah Sepang, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Disember ini.
Selain itu, beliau turut memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga orang anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Aafiya Kamilia (8), Ahmad Aaffan (6) dan Afzan Nayille (3).
SUMBER: GEMPAK
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|233 Views
No Comments yet
Be the first to comment.