Lelaki Asal Semenyih 'Mendunia' Dalam Siri Korea 'Taxi Driver 3', Satu Skrin Dengan Lee Je-hoon

Seorang lelaki dari Semenyih, Selangor mencuri tumpuan peminat selepas tampil dalam drama Korea popular, Taxi Driver 3 kerana menggunakan dialog dalam bahasa Melayu dalam salah satu babak.


Menerusi hantaran di Threads, individu dikenali @hhighqal mendedahkan dia sudah menetap di Korea sejak tujuh tahun lalu. Dia turut itu menzahirkan rasa syukur apabila ramai yang memberikan sokongan terhadap dirinya.




"Hi assalamualaikum semua, memandangkan ada dpt bnyk soalan, to clear things up, saya berasal dari Semenyih, Malaysia dan dah duduk di Korea selama 7 tahun. Saya dulu study di Konkuk University bidang Films and Acting dan selepas saya graduate saya memang continue career saya sebagai pelakon di Korea dan bukan crew.


Insha Allah kalau ada rezeki saya dan director filem saya akan cuba utk publish filem kami di Filem Festival Malaysia tahun depan. Dan ada satu lagi Netflix drama yang saya berlakon dan saya personally sgt looking forward to. Drama ni akan keluar tahun depan," katanya.


Babak dalam Taxi Driver 3 


Selain daripada Taxi Driver 3, dia turut berlakon dalam  A Shop For Killers season 1 dan satu filem berjudul Hideaway yang baru ditayangkan pada 19 November lalu di Korea.


Selain itu, jejaka itu juga terlibat dalam teater dan beberapa 'independent' filem sebagai watak utama.


Siri Taxi Driver 3 mengekalkan Lee Je-hoon sebagai watak utama bernama Kim Do-gi yang menghukum individu melakukan jenayah. 


SUMBER: THREADS



0 Comments

|

238 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content