Konspirasi Bukan Kena 'Banned'
- #hiburan
- #tempatan
- #filem
- #adiputra
- #filemkonspirasi
- #bukankenaban
- #arahanfinas
- #pengarahtaktahu
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tampil menjelaskan penamatan tayangan filem Konspirasi di pawagam seluruh negara yang menjadi tanda tanya ramai sejak kebelakangan ini.
Menerusi satu kenyataan rasmi, FINAS memaklumkan keputusan menghentikan tayangan filem tersebut dibuat sendiri oleh pihak penerbit dan bukan atas arahan mana-mana pihak.
"Berdasarkan e-mel daripada pihak penerbit yang dikongsikan kepada FINAS, penerbit filem tersebut iaitu Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd. telah meminta supaya tayangan filem Konspirasi ditamatkan bermula pada tarikh berkenaan.
"Semakan FINAS bersama pihak pengedar dan pemamer filem juga mendapati penamatan tayangan tersebut adalah atas permintaan penerbit sendiri dan tidak melibatkan sebarang arahan daripada mana-mana pihak," menurut kenyataan itu.
Dalam masa sama, FINAS turut mengesahkan filem arahan Ghaz Abu Bakar tersebut telah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) sebelum ditayangkan di pawagam.
Susulan isu yang hangat diperkatakan itu, FINAS memaklumkan pihaknya sudah cuba menghubungi penerbit bagi mendapatkan penjelasan lanjut namun masih gagal berbuat demikian.
"FINAS telah menghubungi penerbit untuk mendapatkan penjelasan dan sehingga kini pihak penerbit masih belum dapat dihubungi walaupun beberapa usaha telah dilakukan," katanya lagi.
Terdahulu, media sosial kecoh selepas ramai pengguna mendakwa tayangan filem Konspirasi dihentikan secara mengejut bermula Khamis lalu.
Pengarah filem tersebut ketika dihubungi turut mengakui tidak mengetahui punca sebenar tayangan dihentikan.
Untuk rekod, filem Konspirasi mula ditayangkan pada 21 Mei lalu di lebih 120 pawagam seluruh negara.
Filem terbitan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films itu menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Sarimah Ibrahim, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal dan Amir Nafis.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|5 Views
No Comments yet
Be the first to comment.