"Kerja Allah, Jangan Kita Ambil" - Nora Danish

"Sudah 2026, cukuplah hukum orang. Kerja Allah jangan kita ambil." Demikian kata pelakon, Nora Danish.


Beliau menyeru orang ramai untuk mengubah gaya kehidupan yang lebih positif tanpa menghakimi sesama manusia sempena tahun baru ini.


Kata Nora, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia sudah diatur indah oleh Sang Pencipta bahkan, hanya Dia yang berhak menghakimi makhluk-Nya.


"Setiap sesuatu yang kita lihat, semua telah Allah aturkan untuk kita yang rasa, kita yang dipilih. Untuk apa? Supaya kita jadi lebih baik," katanya di Threads.


Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menuai pelbagai reaksi dalam kalangan netizen malah, ada yang bersetuju dengannya.


Namun, ada juga beberapa pihak yang menyindir pelakon drama Puteri itu untuk menyampaikan mesej yang sama kepada rakan-rakan usrahnya.


Bagaimanapun, rata-ratanya tidak memetik nama mana-mana selebriti yang sering menghadiri majlis ilmu bersama aktres itu.


"Mohon nasihat geng-geng usrah awak juga ya. Kena adil. Jangan ada puak-puak," komen seorang netizen.


"Orang sekeliling awak yang bermasalah, Nora," kata seorang pengguna media sosial.


Sumber: Utusan



0 Comments

|

311 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content