"Kenapa Orang Selalu Fikir Fasal Kahwin?" - Fathia Latiff

Pelakon, Nur Fatiya Abdul Latiff atau Fathia menyuarakan pendapat bahawa perkahwinan itu bukanlah perkara wajib.


Menerusi aplikasi Threads, Fathia turut mempertikaikan tanggapan segelintir pihak yang selalu bertanya mengenai rumah tangga serta mencari pasangan hidup.


"Kenapa orang selalu fikir fasal kahwin? Kahwin kan tak wajib?" tulisnya.


Katanya lagi, andai seseorang tersalah memilih pasangan, ia akan menyebabkan individu tersebut menanggung derita seumur hidup.


"Lepas itu, kalau salah pilih pasangan nanti bercerai atau menderita seumur hidup.


"Hari-hari tengok pun bosan juga" luahnya.


Sementara itu, dalam hantaran berbeza, Fathia menjawab pertanyaan netizen mengenai fizikalnya.


Enggan ambil pusing dengan perkara itu, dia lebih mementingkan kebahagiaan dalam hidupnya.


"Tak kisah apa orang nak kata saya gemuk atau apa. Saya gembira dengan badan dan kehidupan sendiri," katanya.




0 Comments

|

213 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content