"Kasih Sayangnya Yang Tak Pernah Mementingkan Diri" - Zizie Ezette Luah Kebaikan Arwah Bung Moktar

Pelakon, Datin Seri Zizie Ezette sempat meninggalkan coretan isi hati beberapa jam sebelum pemergian suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah.


Menerusi hantaran di Instastory, Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 47, berkata, dia benar-benar mengenali hati budi Allahyarham sepanjang 16 tahun mereka hidup bersama.


"Mereka mungkin tidak tahu isi hatinya, tetapi saya tahu.


" Selama 16 tahun saya melihat sendiri kebaikannya, kemurahan hatinya dan kasih sayangnya yang tidak pernah mementingkan diri.


"Tolong doakan dia," tulisnya.




Coretan itu dikongsikan Zizie menerusi hantaran di Instastory pada malam Khamis, beberapa jam sebelum berita pemergian suaminya disahkan.


Dalam hantaran berasingan, Zizie turut berkongsi doa dan kata-kata harapan ketika suaminya masih bertarung nyawa.


Sementara itu, abangnya, Samzy Fuzette memaklumkan di Instastory bahawa beliau sedang bergegas ke Kota Kinabalu. Difahamkan, ahli keluarga lain turut berlepas dari Kuala Lumpur pada awal pagi Jumaat untuk menziarahi Allahyarham.




Bung Moktar, 66, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.46 pagi Jumaat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Perkara itu disahkan anaknya, Naim Kurniawan Moktar melalui satu hantaran di Facebook.


Terdahulu, Ahli Parlimen Kinabatangan itu dilaporkan dirawat akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan serius pada paru-paru.


Allahyarham baru sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, dengan kemenangan tipis yang menarik perhatian ramai pengundi setempat.


Untuk rekod, Zizie dan Allahyarham mendirikan rumah tangga pada 2009, dengan Zizie sebagai isteri kedua. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata serta dua anak angkat.


Sumber: mStar




0 Comments

|

211 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content