Jeslina Hashim Tampil Seksi, Netizen Puji Elegan

Penyanyi, era 90-an, Jeslina Hashim berkongsi mengenai kehidupan dan proses penuaan yang mencerminkan keyakinan serta pendiriannya sebagai wanita yang selesa dengan diri sendiri.


Jeslina berkongsi perkara itu menerusi ruangan kapsyen di video dikongsikan menerusi akaun Instagram.


"Apabila saya berumur 80 tahun, saya mahu menoleh ke belakang dan berkata saya tidak menua sekadar anggun saja. 


"Saya menua dengan kenakalan, keberanian dan kisah-kisah hebat untuk diceritakan," katanya.


Ia meraih perhatian ramai apabila tampil berani dengan imej seksi.


Rara-rata pengikut jelas teruja dengan imej yang digayakan walaupun sudah berusia 48 tahun. 


Perkongsian itu juga mendapat lebih 2,000 'repost' dan menerima 350,000 tontonan. 


"Cantik sangat.


"Saya harap boleh kelihatan elegan seperti awak.


"Nampak hebat dan mempesona," tulis beberapa pengikut di ruangan komen.


Penampilan seksi yang sering digayakan Jeslina bukanlah perkara baharu, sebaliknya wanita itu pernah meraih perhatian pengguna media sosial apabila memuat naik foto percutian di Bali, Indonesia pada tahun 2022. 


Dalam perkongsian itu, Jeslina bukan sahaja menampakkan bahagian bahu dan kaki, malah hampir mendedahkan seluruh bahagian peha dan pinggulnya. 


Sumber: mStar



0 Comments

|

280 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content