Iqbal Zulkefli Luah Rasa Gelisah, Bela Inspektor Sheila Yang Berdepan Pertuduhan Di Mahkamah

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli, meluahkan rasa gelisah memikirkan nasib rakannya, Inspektor Sheila, yang kini berdepan pertuduhan di mahkamah.


Menerusi perkongsian di Insta Story, Iqbal berkata sepanjang mereka berkawan, pegawai polis itu tidak pernah bersikap kasar atau tidak baik kepadanya.


"Saya termenung panjang, mengapa sepanjang beliau berteman dengan saya, tidak pernah sekali pun beliau bersikap kasar dan tidak baik pada saya," katanya.




Menurut Iqbal, dia dan Sheila tetap berhubung seperti biasa, termasuk sebelum isu itu timbul. Malah, dia ada bertanyakan Sheila mengenai dakwaan terbabit dan wanita itu menegaskan bahawa video yang tular itu telah disalah tafsir.


"Saya ada tanya tentang isu beliau sekarang. Katanya, dia hanya perlu takut pada Tuhan, bukan manusia. Dia sudah lali dengan persepsi orang. Video itu sudah disalah tafsir sebab orang awam hanya lihat sekerat," katanya.


Sementara itu, Iqbal menyedari ramai yang mungkin marah atau tidak bersetuju dengan tindakannya membela Sheila, namun sebagai seorang rakan, dia tetap mendoakan yang terbaik buat wanita itu.


"Saya faham pasti ramai sedang marah dan mungkin tidak setuju saya membelanya. Apapun, saya di sini sebagai teman, mendoakan ada berita baik buat beliau," ujarnya.



SUMBER: Oh My Media



0 Comments

|

214 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content