Haiza Bimbang Trend Lagu Kurang Sensitif, Tegur Baby Shima Hati-Hati Pilih Lirik

Penyanyi, Haiza Hanafi, tampil menyuarakan kebimbangan terhadap trend penghasilan lagu yang disifatkan kurang sensitif terhadap nilai budaya tempatan, terutamanya apabila karya berkenaan mudah diakses oleh pelbagai lapisan usia.


Menurut Haiza atau Rohaizah Nordin, 46, penghasilan sesebuah lagu seharusnya mengambil kira nilai, budaya serta kesan jangka panjang terhadap pendengar.


Kebimbangan itu wujud apabila lagu Masuk Lagi nyanyian penyanyi Baby Shima yang didakwa mengandungi unsur lucah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat dan penggiat seni sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.


"Saya baru berbincang dengan beberapa rakan tentang perkara ini. Kenapa perlu keluarkan lirik yang seperti itu?


"Kadang-kadang, disebabkan seorang penyanyi, seluruh industri pula yang dilabel negatif, sedangkan ia hanya melibatkan individu tertentu sahaja," katanya kepada mStar.


Mengulas lanjut mengenai pemilihan lagu tersebut, Haiza mengakui setiap artis berhak menentukan hala tuju muzik masing-masing, namun berharap pemilihan lirik dapat diseimbangkan dengan elemen mendidik.


"Mungkin itu kategori dan pilihannya. Dia mahu lagu dan lirik seperti itu. Itu hak dia. Tapi sebagai orang yang lebih senior, saya harap Baby Shima boleh mencari lirik yang lebih mendidik.


"Walaupun dangdut, biarlah sesuai dengan pendengar daripada pelbagai peringkat usia," jelasnya.


Tegas Haiza, budaya lirik berunsur lucah tidak seharusnya dinormalisasikan di Malaysia kerana ia tidak selari dengan nilai masyarakat tempatan.


Malah, kata Haiza, adalah lebih baik penggiat seni menormalisasikan penghasilan lagu yang membawa mesej positif serta mampu membentuk pemikiran pendengar ke arah yang lebih baik.


"Mungkin di negara lain perkara ini biasa, tapi budaya itu bukan budaya kita. Jangan normalisasikan unsur lucah dalam lagu.


"Kita kena fikir tentang generasi akan datang kerana apa yang mereka dengar hari ini boleh terbawa-bawa.


"Lebih baik kita normalisasikan perkara yang baik, lirik yang elok dan membina. Seperti kata Datuk Habsah Hassan, biarlah lirik itu merdu dan bermakna, bukan lirik yang merosakkan bangsa," ujarnya.


Sumber: mStar



0 Comments

|

159 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content