Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini memaklumkan sudah menyediakan sebanyak 30 pasang baju raya untuk digayakan sempena sambutan Aidilfitri kali ini.
Hael atau pemilik nama, Hael Husaini Razmi, 38, berkata sebagai selebriti pastinya dia perlu menyediakan baju raya yang berlainan untuk setiap majlis atau jemputan yang dihadiri.
"Ya, betul, saya tidak nafikan, memang sediakan 30 pasang baju raya sepanjang tempoh sebulan (Aidilfitri) sebab memenuhi komitmen kerja yang diatur pengurusan," katanya.
Hael berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama peminat yang berlangsung di Restoran Irama Signature, di sini, semalam.
Ditanya rekaan dan warna baju raya pula, kata Hael, dia akan berkongsi tema warna dipilihnya menerusi Outfit Of The Day (OOTD) di laman Instagram (IG) miliknya.
"Saya sudah sediakan 30 pasang baju raya dan mungkin ada baju yang digayakan nanti sama warna dengan peminat dan kita boleh 'matching' lah.
"Tapi kalau nak tahu warna baju raya saya, anda kena tunggu saya OOTD pada pagi raya nanti.
"Saya juga nak tanya ada ke yang ikut trend pakai baju raya warna 'Strawberry Matcha' pada tahun ini? Jadi, kita boleh pakai warna yang sama kerana mungkin saya akan gayakan warna itu pada raya kedua nanti," katanya yang muncul dengan lagu raya terbaharu berjudul Lagu Raya Untukmu.
Mengulas sambutan raya pula, kata Hael, dia akan menyambut 1 Syawal bersama keluarga di kampung halamannya di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
"Selalunya, saya akan balik raya selama tiga hingga empat hari di kampung sebelum kembali semula ke ibu kota untuk bekerja.
"Antara juadah kegemaran yang wajib ada pada pagi raya adalah rendang maman yang terkenal di Seri Menanti," katanya.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|89 Views
No Comments yet
Be the first to comment.