Guru Didakwa Langgar Dua Pelajar, Seorang Maut Di Hadapan Surau Sekolah

Seorang guru wanita berusia 57 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, 13 Oktober, atas dua pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar dan kecederaan kepada seorang lagi.

Tertuduh, Sakinah Ismail, didakwa melanggar dua pelajar perempuan Tingkatan Satu menggunakan kereta Honda HR-V di kawasan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kelantan, pada 12 April lalu.

Akibat kejadian tersebut, seorang pelajar berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan. Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 6 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber asal:



0 Comments

|

17 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content