Fasha Sandha Enggan Ulas Babak Tak Bertudung Dalam Drama Baharu

Pelakon terkenal, Fasha Sandha enggan mengulas salah satu babak dalam drama Doa Yang Terlindung yang memaparkan dirinya tidak bertudung.


Isteri kepada aktor Aidil Aziz itu sebelum ini juga sering menolak apabila diminta mengulas tentang imejnya yang kini berhijab.


"Mengenai imej bertudung ini, saya memang tak akan komen. Saya tidak sempurna dan masih memperbaiki diri," katanya.


Sedutan drama tersebut dimuatnaik menerusi aplikasi Tiktok mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penonton.


Babak tular itu juga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan segelintir netizen.


"Ini cerita lamakah? Kenapa Fasha Sandha tak bertudung?" tanya netizen di ruangan komen.


Doa Yang Terlindung, arahan Idora Abdul Rahman turut dibintangi Firdaus Karim, Nafiz Muaz, Sharifah Rose dan ramai lagi.


Drama ini ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8 malam menerusi slot Akasia di TV3. 


Sumber: UTUSAN




0 Comments

|

434 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content