Bella Astillah & Syed Saddiq Nikah 28 Mac? Banner #BellaSyedyes Cetus Spekulasi

Khabar angin bertiup kencang kononnya pelakon dan penyanyi Bella Astillah bakal melangsungkan hari bahagianya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada 28 Mac depan.


Ia menjadi bualan ramai apabila tular foto kain rentang atau banner memaparkan tanda pagar #BellaSyedyes tergantung di sebuah bangunan.


Foto tersebut membuatkan peminat pasangan yang dikenali sebagai BASS itu teruja dan tidak sabar menanti hari bahagia tersebut.


Beberapa hari lalu, khabar angin mendakwa mereka bakal bergelar suami isteri rancak menjadi bualan ramai selepas usahawan dan pelakon, Ben Ali memberi bayangan tarikh hari bahagia Bella dan Syed Saddiq adalah seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.


"Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya," katanya dalam ruangan komen.


Menurut beberapa komen lain, ada yang mendakwa tema busana majlis tersebut berwarna kuning.


Bagaimanapun, Bella mahu pun Syed Saddiq masih kekal mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang pengesahan mengenai khabar angin tersebut.


Terdahulu, Bella, 32, sering mengelak memberi respons mengenai status hubungannya dengan Syed Saddiq, termasuk dakwaan bakal bernikah setiap kali ditanya media.


Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum disahkan bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.



Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

271 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content