Andy Teh, Chacha Maembong Masih Fasa Berkawan Tapi Tak Tolak Kalau Dah Jodoh

Pelakon, Andy Teh tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan aktres Chacha Maembong.


Jelas Andy, 41, status hubungan mereka hanyalah sekadar rakan dan masih berada dalam fasa saling mengenali.


Bagaimanapun kata Andy, dia tidak menolak sekiranya adik kepada aktres Emma Maembong itu merupakan bakal isterinya. 


"Untuk sekarang ini, saya dengan dia masih berkawan. Dalam fasa pengenalan dan kalau betul dia jodoh, saya tidak menolak.


"Sebab saya rasa sekarang ini kami setuju untuk jaga kerjaya dulu. Jadi, belum masa lagilah untuk dedahkan apa-apa," katanya kepada mStar.


Andy memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Sidang Media Pelancaran Filem Black Ops pada Selasa. 




Dalam masa sama, Andy mengakui Chacha merupakan seorang rakan yang baik dan memiliki ciri-ciri wanita idamannya.


"Ya, kami tak umumkan apa-apa lagi. Tapi dia kawan yang baik. Dia mempunyai karakter dan ciri-ciri yang saya idamkan," ujarnya.


Dalam pada itu, Andy turut berkongsi pandangannya jika ditakdirkan berjodoh dengan wanita berbangsa Melayu dan isu agama menjadi antara perkara yang sering difikirkannya.


"Itulah salah satu soalan yang saya sendiri pun tertanya pada diri saya kan. Mak ayah saya adalah penganut Buddha yang sangat kuat. 


"Tapi bagi saya, tak ada masalah kalau jodoh itu adalah orang Islam. Sebelum ini pun saya tak pernah bercinta dengan orang Melayu," jelasnya.


Dalam perkembangan lain, Andy bakal tampil dengan filem terbarunya iaitu Black Ops yang bakal ditayangkan di pawagam hujung tahun ini. 


Selain Andy, pelakon lain yang membintangi filem tersebut adalah Sharnaaz Ahmad, Hisyam Hamid, Datuk Aaron Aziz dan ramai lagi.


Sumber: mStar



0 Comments

|

404 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content