Andi Bernadee Kurus Sebab Sakit, Bukan Sebab Bahan Terlarang

Penyanyi Andi Bernadee tampil membidas tuduhan kononnya dia mengambil barang terlarang berikutan dilihat semakin kurus.

Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 35, menjelaskan dia kini berdepan masalah kesihatan yang dikenali sebagai penyakit graves.

Menurut Andi, graves atau hipertiroid itu menyebabkan berat badannya turun secara mendadak.

"Saya didiagnosis dengan penyakit Graves (hipertiroid). Masih ulang-alik ke hospital sehingga hari ini dan makan ubat.

"Janganlah begitu, video ini dirakam tahun lalu. Tak tahu pun ada penyakit itu," katanya.

Andi menjelaskan perkara tersebut sebagai respons terhadap satu komen yang menuduh keadaan dirinya seperti seorang penagih dadah.

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi ini juga berharap ia dapat menepis kekeliruan jika ada yang mempersoalkan tentang dirinya.

Dalam masa sama, Andi memberitahu dia kini masih dalam tempoh pemulihan.

"Harap ini dapat menjelaskan keadaan.

"Saya okey sekarang. Masih dalam proses untuk pulih, tetapi boleh bekerja dan menari sedikit-sedikit. Berat badan pun sudah naik," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Andi kini tampil dengan album solo pertamanya berjudul Ding Geding yang memuatkan 12 buah lagu.

Sekadar info, penyakit Graves merupakan gangguan autoimun yang menyebabkan kelenjar menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid.

Sumber: mStar



0 Comments

|

101 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content