Ameera Khan, Jefri Nichol Kembali Bersama? Netizen Kata Macam Budak-Budak

Hubungan pelakon popular Jefri Nichol dan Ameera Khan kembali menjadi perhatian warganet selepas kedua-duanya dilihat sudah kembali saling mengikuti di Instagram.


Perkembangan itu sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi bahawa pasangan berkenaan telah berbaik semula selepas sebelum ini dikatakan membawa haluan masing-masing.


Tindakan mereka menarik perhatian ramai sehingga ada netizen yang menyifatkan pasangan itu tidak matang dalam menguruskan hubungan.


"Macam budak-budak. Gaduh sikit terus," tulis seorang pengguna media sosial.


"Penat juga nak ikut kisah mereka ini. Harap-harap cepatlah berkahwin," tambah yang lain.




Namun begitu, tidak kurang juga yang meluahkan rasa gembira apabila pasangan kegemaran mereka dilihat kembali bertaut kasih.


"Akhirnya! Harap kali ini kekal lama. Suka tengok mereka bersama," tulis seorang peminat.


Terdahulu, hubungan Jefri dan Ameera menjadi bualan apabila mereka saling berhenti mengikuti akaun masing-masing di Instagram, sekali gus menimbulkan andaian bahawa hubungan cinta mereka telah berakhir.


Ketika dihubungi pihak media, Jefri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.


SUMBER: mStar



0 Comments

|

205 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content