Along Eyzendy Semakin Kritikal, Belum Tahu Punca Masalah Sebenar

Pelakon Along Eyzendy dilaporkan semakin kritikal selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor sejak petang Khamis.


Isteri kepada Along, iaitu Hamidah Mohd Yatim, berkata keputusan menidurkan suaminya dibuat susulan pendarahan serius dalam perut, namun sehingga kini doktor masih belum mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut berlaku.


"Buat masa ini, keadaan Along sangat kritikal dan punca sebenar pendarahan dalam perut masih belum dikenal pasti. Keadaannya dilaporkan semakin merosot.


"Pagi tadi doktor melakukan prosedur dan hanya mengeluarkan darah dari perut.


"Doktor juga tidak memberikan harapan yang baik dan menyifatkan keadaannya sebagai sangat teruk. Mendengar penjelasan itu sahaja sudah cukup membuatkan seseorang berasa lemah," katanya.


Amy juga memberitahu suaminya itu mempunyai tahap antibodi yang rendah dan ia menjadi penyumbang kepada keadaan kesihatannya semakin serius.


Malah, ia boleh menyebabkan proses pemulihan sukar, lebih-lebih lagi apabila mengalami jangkitan kuman dalam badan.


"Menurut doktor, kebiasaannya keadaan seperti ini dikategorikan sebagai serius. Along juga mempunyai tahap antibodi yang rendah sejak sekian lama.


"Keadaan itu ditambah dengan jangkitan menyebabkan proses pemulihan menjadi sukar kerana tubuhnya tidak kuat melawan penyakit. Faktor usia turut menyumbang dia semakin lemah.


"Banyak komplikasi berisiko berlaku termasuk kegagalan jantung serta perkara lain yang tidak dijangka akibat prosedur rawatan," jelasnya.


Dalam nada sedih, Amy juga mengharapkan doa orang ramai agar Along kembali pulih dan selamat menjalani sebarang prosedur rawatan.


Dia pada masa sama reda berdepan ujian ini dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


"Ketika ini, Along sangat memerlukan doa dan keajaiban untuk kembali sihat. Diharapkan doa orang ramai dimakbulkan agar dia pulih.


"Keluarga cuba mengambil sisi positif kerana fikiran yang positif mampu menguatkan semangat. Saya reda dan ikhlas menerima apa sahaja ketentuan yang bakal berlaku," luahnya.


Pada 30 Januari lalu, Along dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.


Hasil pemeriksaan ultrabunyi mendapati terdapat pembengkakan serta takungan nanah pada pundi hempedu pelakon tersebut.


Dia kemudian ditidurkan dan kini masih menerima rawatan di ICU hospital berkenaan.


Sumber: mStar



0 Comments

|

305 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content