Adira Mengaku Tinggal Datuk Red Tepi 'Highway', Enggan Dedah Punca Sebenar

Penyanyi, Adira Suhaimi, 34, mengakui meninggalkan bekas suaminya, Datuk Red di lebuh raya berhampiran dengan stesen minyak. 


Adira bagaimanapun enggan berkongsi punca sebenar kejadian terbabit kerana ia adalah urusan peribadi mereka.


"Saya mengaku tinggalkan dia (Datuk Red) berhampiran stesen minyak. 


"Saya ada sebab-sebab tertentu meninggalkan Datuk Red di situ, tapi bukan waktu tengah malam. Saya tinggalkan dia berhampiran stesen minyak di mana senang untuk dia pergi tandas dan lain-lain.


"Apa yang saya boleh katakan tentu ada sebab terjadi sesuatu dan tidak perlu untuk semua orang tahu, cukup saya dan dia (Datuk Red) saja yang tahu," katanya.




Adira berkata, dia juga tidak mahu mengeruhkan keadaan dan mahu menjalani kehidupan dengan tenang bersama anak-anaknya.


"Saya percaya perkara seperti itu boleh terlepas kerana dia (Datuk Red) dalam keadaan tidak menggunakan akal dan beremosi.


"Kalau saya nak balas kenyataan, saya bimbang apa yang terkeluar itu akan mengeruhkan keadaan," katanya.


Pada masa sama, kata Adira, dia memilih untuk berdiam diri dan tidak melayan cerita yang tular kerana mahu menjaga hati anak-anak serta anak-anak tirinya.


"Kami pun sudah bawa haluan masing-masing. Saya tahu kalau balas balik, pusing-pusing dia akan datang rumah tengok anak-anak juga. Saya tak nak jadi kekok nanti.


"Buat masa sekarang, saya minta anggota keluarga untuk berurusan dengannya. Kami kalau berjumpa secara berdepan okay sahaja, tapi bila WhatsApp, saya akan suruh kakak, Emma yang jawab," katanya.




Terdahulu, Adira didakwa meninggalkan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu di tepi lebuh raya pada waktu tengah malam selepas berlaku pergaduhan antara mereka sehingga tular di media sosial.


Untuk rekod, rumah tangga Adira bersama Datuk Red berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024 selepas beberapa kali dilanda kemelut.


Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan empat anak berusia dua hingga tujuh tahun.


SUMBER: Harian Metro



0 Comments

|

370 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content