Achey Biar Anak Main, Tak Nak Jadi 'Joykiller' Paksa Tiara Pakai Baju Raya

Pelawak dan penyanyi, Achey, 40, lebih memilih untuk menghormati pilihan anak perempuannya, Tiara Zinnirah, 8, untuk bergembira dengan cara tersendiri di hari raya.


Menurut pemilik nama sebenar Mohd Nasir Hamzah ini, Tiara dilihat selesa bermain berbanding tampil cantik memakai busana raya seperti kebiasaan kanak-kanak lain bersama ibu bapa mereka.


Menerusi hantaran dimuatnaik Achey di platform media sosial, dia tidak menafikan perasaannya kadang kala berasa sedih tetapi jauh di sudut hati lebih memilih kegembiraan anak yang paling utama.


"Raya yang penuh dugaan. Lain macam Tiara bila raya ini. Sedih pun ada kadang, tapi saya dan isteri memilih kegembiraan anak.


"Orang bercakap, tapi saya dan Anne tak sanggup jadi 'joykiller' (perosak kegembiraan) untuk dia (Tiara). Puas pujuk pakai baju raya, bertekak dan bergaduh, dia tetap lebih pilih selesa untuk bermain," tulisnya pada hantaran di Instagram (IG) itu.


Ujar penyanyi lagu Sakit dan Yang Terindah ini, dia bagaimanapun bersyukur apabila Tiara sanggup memberi kerjasama yang baik untuk memakai busana ketika mereka bergambar raya.


"Tapi Alhamdulillah juga, masa bergambar dia nak sarung baju dan tahu itu momen penting untuk semua. Lepas bergambar habis dibukanya.


"Orang datang beraya atau kita pergi beraya, semua tegur 'mana baju raya awak Tiara?' Dia jawab, ada dalam kereta. Memang 'standby' saja untuk dia.


"Tak apalah Tiara, yang penting awak gembira raya ini. Baju raya dia hampir 20 pasang. Tapi, kami pilih dia gembira. Insya-Allah dah besar nanti pandailah dia melaram," katanya.


Dalam pada itu, Achey memaklumkan dia dan isteri tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menganggap ibu bapanya bergaya manakala anak pula kelihatan selekeh kerana memahami situasi tersebut. 


"Kami tak salahkan mereka yang bercakap pun. Maaf semua," ujarnya dalam luahan menyayat hati berkenaan.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memahaminya dan bersetuju apa yang lebih penting adalah mengutamakan kegembiraan anak-anak yang masih kecil pada hari raya.


Sumber: Harian Metro





0 Comments

|

21 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Farah Azman

1 week ago

Betul! yang penting budak budak happy. Itu makna raya mereka

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content