Abby Abadi Syukur Norman Hakim Lunas Hutang Mas Kahwin

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa syukur atas usaha bekas suami, Norman Hakim yang melunaskan hutang mas kahwin.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, rezeki miliknya akan tetap kembali kepadanya.

Dalam pada itu, Abby mengucapkan terima kasih kepada suami, Faizal Zakari dan Memey Suhaiza yang tidak pernah campur tangan dalam hal tertangguh ini.

"Saya kongsi lah serba sedikit, yang ini dah selesai selepas 22 tahun. Terima kasih suami dan Memey tak pernah campur tangan urusan yang tertangguh ini.

"Bukan nak kongsi sangat pun, cuma nak maklum, berkat kesabaran selama 22 tahun.

"Rezeki saya tetap rezeki saya." katanya. 

Sementara itu, Abby menzahirkan rasa syukur atas kerjasama bekas suami yang melunaskan haknya yang tidak diterima semasa menjadi isteri yang sah.

"Terima kasih Norman sudi bayar apa yang tertunggak setelah berkemampuan.

" Semoga berkat kesabaran ini dapatlah saya mahligai bukan hanya di dunia tapi di syurga nanti," ujarnya lagi. 

Bagaimanapun, Abby memaklumkan isu ini masih belum selesai selagi hutang nafkah utama belum dilunaskan.

Sekadar info, Abby dan pelakon, Norman Hakim pernah berkahwin pada 2002. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak sebelum akhirnya bercerai pada 2008.

Norman kemudian berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 manakala Abby bertemu jodoh dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.


Sumber: Oh Bulan





0 Comments

|

140 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content